my life

my life
l0ve always

Thursday 15 September 2011

mencintai

Jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bukan cinta tetapi kagum
Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem,itu bukan cinta tetapi nafsu
Jika kamu menyintai kerana takut dia sakit hati,itu bukan cinta tetapi kasihan
Jika kamu menyintai kerana dia baik,itu bukan cinta tetapi rasa terima kasih
tetapi jika menyintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya,itulah cinta yang sesungguhnya!

Monday 5 September 2011

akhirnya

semua telah terbukti, sekarang takdir dh menentukan siapa dia untuk aku,adakah aku mmg tidak layak untuk dia, aku cuba kuatkan semangat untuk menempuh semua dugaan yg datang, mungkin ketabahan aku ni sudah tiada lagi,patutkah aku berundur dari hidupnye?perlukah aku mengalah?

~apa yg perlu engkau tahu~

Aku tak sebijak bonda Khadijah, kerananya aku ingin kau tau, aku boleh saja berbuat salah dan membuatmu marah. Maka aku mohon kepadamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah kepadaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani aku menderhakaimu…

Duhai kau yang telah memilihku kelak....

Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan terlihat begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur untuk menyiapkan makanan untukmu dan malaikat-malaikat kita nanti -InsyaAllah-. Maka, aku akan nampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian aku harus mengurus istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.

Mungkin aku tidak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang dari kerja, atau kau akan mendapatiku mengantuk di saat mendengar keluhan dan ceritamu. Bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu meluahkan segala rasamu, tapi semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang meragam, dan aku tahu kau letih mengais rezeki untuk kami, maka aku tak mahu mengusik sedikit pun lelapmu. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum kepadaku, kerana kau adalah kekuatanku.

Kepadamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah. Ada kalanya kau akan mendapatiku begitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan kerana aku membangkangmu, tapi aku hanya wanita biasa.
Aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku. Mungkin saat itu aku tak menemuimu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu. Maka bersabarlah, yang aku inginkan hanya belaianmu kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadam segala resahku.

Kepadamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah. Maka jangan pernah bosan mengajarku, membimbingku ke arah-NYA. Jangan segan membangunkan aku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat kepada Kekasih yang Maha Kasih. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah. Bimbing tanganku ke Jannah-NYA agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Kepadamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...

Seiring berjalanya waktu, kau akan mendapati rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar. Dan kau tak akan mendapatiku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu. Maka jangan pernah berpaling daripadaku kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku kepadamu...

Ketahuilah...

Tiap hari, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta kepadamu. Maka cintailah aku kerana-NYA, dengan apa adanya aku.

Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.
Aku hanya wanita biasa.

(◡‿◡✿)

Ya Allah, kurniakanlah kami cintaMu, kurniakanlah kepada kami cinta orang yang cinta kepadaMu, kurniakanlah kami cinta apa sahaja yang menghampirkan cinta kami kepadaMu. Ameen....♥♥♥

siapakah aku pada kamu

tidak dpt aku gmbr kan lgi skrg ni...siapakah aku pada dye...knp dye bt aku mcm ni....jujur lah pda aku kalu dye ada 0rg laen di hati nye..jgn bt aku spt manusia xde perasaan...sampai bile aku perlu bertahan untuk memiliki dye.berikan lah aku petunjuk jika dye bukan untuk aku YaAllah...jauh kan lah dye dari hidup aku ni...aku tidak mahu memiliki perasaan dendam diantara kami sesama umat Rasulullah S.A.W....kuat kan lah iman aku untuk menghadapi semua dugaan dan cubaan daripadaMu YaAllah....aku ikhlas dan redha atas semua yg Engkau berikan kepada aku....Amin

Saturday 3 September 2011

~raya~

thanks bt kamu...raya tahun ni mmg bermakne bt sy...hari yg sy xpernah menangis sbb kamu...menjadi hari yg xdpt sy lupa ape yg awk bt,sy cuba faham situasi awk..tp awk xprnh pk perasaan sy..sedih yg terlalu...smpi sy xsngup luah kn kat sape2 lgi...sy perlu kan masa awk bbrpa jam je..bkn 24jam p0n...awk betul2 bt sy kecewa..SERIUS sy kecewa dgn sikap awk skrg....