my life

my life
l0ve always

Wednesday 9 November 2011

semua dah berakhir

aQu ikhlas dgn ketentuan Illahi,sesungguh nye dye bukan untuk aQu,semua yg aQu pendam selama ini telah sampai kemuncak nye,siapa aQu utk mengejar cinta dye..siapa aQu utk terhegeh2 mencari dye...kini aQu lepas kan dye pergi..biarkan dye dgn hidup dye...segala nye telah tertulis...untuk mencintai sese0rg terlalu mudah tp untk membuat 0rg mencintai kita terlalu susah..hanya dye yg mampu menilai ape yg dye ingin kan....

Saturday 29 October 2011

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Wednesday 12 October 2011

kini

alhamdulillah aku kini hampir bergelar milik dye....jantung ibarat sudah mau tercabut....akhirnya dye serius dgn ape yg dye lakukan selama ni..thanks awk....

Thursday 15 September 2011

mencintai

Jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bukan cinta tetapi kagum
Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem,itu bukan cinta tetapi nafsu
Jika kamu menyintai kerana takut dia sakit hati,itu bukan cinta tetapi kasihan
Jika kamu menyintai kerana dia baik,itu bukan cinta tetapi rasa terima kasih
tetapi jika menyintai tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya,itulah cinta yang sesungguhnya!

Monday 5 September 2011

akhirnya

semua telah terbukti, sekarang takdir dh menentukan siapa dia untuk aku,adakah aku mmg tidak layak untuk dia, aku cuba kuatkan semangat untuk menempuh semua dugaan yg datang, mungkin ketabahan aku ni sudah tiada lagi,patutkah aku berundur dari hidupnye?perlukah aku mengalah?

~apa yg perlu engkau tahu~

Aku tak sebijak bonda Khadijah, kerananya aku ingin kau tau, aku boleh saja berbuat salah dan membuatmu marah. Maka aku mohon kepadamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah kepadaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani aku menderhakaimu…

Duhai kau yang telah memilihku kelak....

Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan terlihat begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur untuk menyiapkan makanan untukmu dan malaikat-malaikat kita nanti -InsyaAllah-. Maka, aku akan nampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian aku harus mengurus istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.

Mungkin aku tidak sempat berdandan untuk menyambutmu pulang dari kerja, atau kau akan mendapatiku mengantuk di saat mendengar keluhan dan ceritamu. Bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu meluahkan segala rasamu, tapi semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang meragam, dan aku tahu kau letih mengais rezeki untuk kami, maka aku tak mahu mengusik sedikit pun lelapmu. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum kepadaku, kerana kau adalah kekuatanku.

Kepadamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah. Ada kalanya kau akan mendapatiku begitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan kerana aku membangkangmu, tapi aku hanya wanita biasa.
Aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku. Mungkin saat itu aku tak menemuimu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu. Maka bersabarlah, yang aku inginkan hanya belaianmu kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadam segala resahku.

Kepadamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah. Maka jangan pernah bosan mengajarku, membimbingku ke arah-NYA. Jangan segan membangunkan aku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat kepada Kekasih yang Maha Kasih. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah. Bimbing tanganku ke Jannah-NYA agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Kepadamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...

Seiring berjalanya waktu, kau akan mendapati rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar. Dan kau tak akan mendapatiku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu. Maka jangan pernah berpaling daripadaku kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku kepadamu...

Ketahuilah...

Tiap hari, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta kepadamu. Maka cintailah aku kerana-NYA, dengan apa adanya aku.

Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.
Aku hanya wanita biasa.

(◡‿◡✿)

Ya Allah, kurniakanlah kami cintaMu, kurniakanlah kepada kami cinta orang yang cinta kepadaMu, kurniakanlah kami cinta apa sahaja yang menghampirkan cinta kami kepadaMu. Ameen....♥♥♥

siapakah aku pada kamu

tidak dpt aku gmbr kan lgi skrg ni...siapakah aku pada dye...knp dye bt aku mcm ni....jujur lah pda aku kalu dye ada 0rg laen di hati nye..jgn bt aku spt manusia xde perasaan...sampai bile aku perlu bertahan untuk memiliki dye.berikan lah aku petunjuk jika dye bukan untuk aku YaAllah...jauh kan lah dye dari hidup aku ni...aku tidak mahu memiliki perasaan dendam diantara kami sesama umat Rasulullah S.A.W....kuat kan lah iman aku untuk menghadapi semua dugaan dan cubaan daripadaMu YaAllah....aku ikhlas dan redha atas semua yg Engkau berikan kepada aku....Amin

Saturday 3 September 2011

~raya~

thanks bt kamu...raya tahun ni mmg bermakne bt sy...hari yg sy xpernah menangis sbb kamu...menjadi hari yg xdpt sy lupa ape yg awk bt,sy cuba faham situasi awk..tp awk xprnh pk perasaan sy..sedih yg terlalu...smpi sy xsngup luah kn kat sape2 lgi...sy perlu kan masa awk bbrpa jam je..bkn 24jam p0n...awk betul2 bt sy kecewa..SERIUS sy kecewa dgn sikap awk skrg....

Saturday 6 August 2011

PUASA=1 0G0S - 6 ogos 2011

           Kali kedua puasa jauh daripada keluarga tersayang,puasa tahun ini teramat besar meninggalkan kesan pada aku,hati terasa sedih sangat,terlalu rindu dekat keluarga hingga tidak mampu diluahkan dengan kata-kata,hanya Allah yang mampu memahami isi hati ini. Sayu hati ini terkenangkan keluarga yang jauh dimata,pilu hati ini bagaikan ditusuk sembilu,jarak memisahkan rindu dan pertemuan antara kami sekeluarga.
Terlalu lama untuk berjumpa mereka,sebulan umpama setahun buat kami,rindu yang berada dalam jiwa tidak dapat ditahan lagi.Terbayang-bayang wajah yang aku sayang,satu-satu tersemat dihati, tidak sabar untuk aku pulang untuk mengadap wajah-wajah yang aku sayang, yang tidak sabar menunggu kepulangan aku nanti,
Hari pertama puasa,dirumah kawan yang sentiasa ada untuk aku luahkan masalah aku,keluarga dia hampir menjadi sebahagian daripada hidup aku,aku dilayan seperti keluarga mereka sendiri,terlalu sayu hati aku,sedih bercampur gembira aku rasakan,tapi hakikatnya tidak dapat digambarkan betapa gembira hati ini
Hari kedua,puasa bersama kawan-kawan serumah yang terlalu banyak kerenah,hati masih terfikirkan keluarga tersayang yang jauh dikampung halaman,sepanjang masa memikirkan keluarga tersayang. Berapa hari lagi aku mampu bertahan untuk sampai kemasa aku untuk berangkat pulang berjumpa keluarga tersayang. Terlalu perit rasanya hati untuk mengira detik-detik yang akan datang bertandang dihadapan aku.

Wednesday 15 June 2011

~berikan aQu petunjuk~

knp mcm ni yg aku rasa,adakah dia bukan milik ku?kuatkanlah hati aku ini,tabah kan lah untuk menempuh semua dugaan yg akan mendatang,hati bergel0ra meeminta kepastian diatas semua s0alan,airmata tidak berhenti kerana ketakutan masa silam...teguhkan hati ku ini YaAllah....Amin...

Saturday 11 June 2011

Alhamdulillah

harapsemuanye akan berakhir dgn kegembiraan, terlalu menyayangi mu ada sesuatu yg bermakna bt aku,terima kasih kerana sudi menerima aku seadanya aku,begitu besar harapan yg diberikan,xdapat untuk aku memikul dan menjunjung tanggungjawab yg diberikan,berikanlah hambaMu ini kekuatan YaAllah,hambaMu ini berlindung dibawah keredhaanMu YaAllah,buka kan lah hati kami untuk terus bersujud kepada keredhaanMu YaAllah, benarkan kami mengapai kebahagiaan kami,kalu bukan dia j0d0h aku,aku pasrah,andainya dia adalah j0d0h dariMu buat hambaMu ini...hambaMu ini bersyukur YaAllah....

Wednesday 8 June 2011

~terima kasih sayang~

dlm duka ada saat kite suke,dlm aku menangis kesedihan ada dia yg menbuat aku ketawa,dlm aku memikirkan kata2 indah dan untuk membangunkan diri aku,dia ada memberikan aku nasihat dan kata2,siapa aku tanpa dia disisi aku,dimanakah aku tanpa dia,seikhlas hati aku menerima dia walau siapa pun dia sblum aku mengenali dia dlu,kadg2 aku tertnya kenapa begitu lambat aku mengenali dia,tp aku bersyukur kerana dia hadir disaat aku memerlukan bimbingan daripada dia,terima kasih YaAllah kerana Engkau mengurniakan hambaMu ini sekurnia yg hambaMu yg amat bermakna bt hambaMu yg lemah ini... sy harap disaat sy mula mencintai awk..awk akan ada sentiasa untuk sy...~terima kasih sayang ku ~

Thursday 2 June 2011

permulaan hidup di tempat baru..KUIM

tahun pertama di k0lej..mengenali dunia baru amat menyiksakan bt aku...tp alhamdulillah dgn ada kwn2 yg byk membantu aku untk berdiri,smpai sekarang aku masih mampu bertahan...sem 1 dik0lej bersama seni0r2 yg xpernah mengeluh erti penat dlm memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada aku, masuk sem 2 dan 3, pelbagai dugaan, baru aku kenal erti kawan di k0lej..sifat hasad dengki, iri hati...mcm2 perkataan yg xdiingin dpt aku dgri...mcm best lah plak dapat pahala free2...apelah...baik d0akan aku dpt smbung blajar lagi ke lepas habis dip...xp0n d0a kan aku dpt j0d0h cpt ke..ni x..tmbah kan d0sa dan memberatkan lgi bumi ni je..insaf lah kwn2..sesungguhnye pintu keinsafan untuk kite semua masih terbuka.....Amin....

layak kah dia buat aQu

mencintai nye adalah sesuatu yg bermakna bt aQu...tp selepas ape yg dia bt pd aQu...mencintai dia yg bermakna sudah bertukar menjadi satu penyesal yg amat besar bt aQu...begitu cepat hati dia berubah...kata2 syg dan janji2 dia semua tu tipu semata2...aQu xpernah p0n memandang dia dgn harta benda tp knp dia balas mcm ni kat aQu...entah ape yg ada dlm pkran dia p0n aQu xtau...apakah nilai kasih syg dan cinta bt dia?? sekarang aQu dah lupa kan dia buat selama2nya daripada hidup aQu.... Muhammad Faiz Alias...selamat tggl buat kamu..sy bangga dpt lepas kan kamu....